Tuesday, March 26, 2019

Ep 1: Assalamualaikum Bloggers!

Alhamdulillah, setelah aku berpikir empat ploh lima juta tahun untuk menulis, maka bermulalah juaaa episod 1 penulisan aku di wordpress ni. Last sebenarnya aku tulis masa zaman anak dara dulu, time kat universiti. Time tu sibuk berpujangga dengan husband aku yg skrg ni, senyap2 menulis kat blog buat luahan isi hati 🤣🤣🤣.
Ok untuk entry first ni aku nak perkenalkan nama aku munirah, time dan waktu skrg aku berumur 29 tahun dan dah kahwin 4 tahun lepas . Ade anak sorang dah. Anak gegurl. Dah dua tahun dah dia.
Sebenarnya aku menulis ni jugak ade tujuan. Sebab aku perasan lepas aku beranak ni makin mengundang perangai malas aku. Kurang disiplin. Pastu laki aku pun boleh terjebak disebabkan perangai aku jugak.
So, aku rasa saat ni saat paling sesuai untuk aku start disiplin balik iaitu dengan mula balik hobi aku saat dulu kala iaitu menulis di blog.
Aku ada satu masalah sebenarnya dengan menulis di kertas. Bila laki aku bagi buku je asyik hilang. Tujuan dia bagi buku tu sebenarnya untuk encourage aku punya self discipline tapi kelautt! Haha
So, its better untuk aku menulis di blog sebab atleast bila orang lain baca anything entry aku pun, ade jugak manfaat kan? 🥰🥰
Haa, tu saja la kot kala sekarang ni. Moga misi aku 3 entry per day selama sebulan 30 hari ni berjaya dengan jayanya. Done first entry! Next!


No comments:

Post a Comment

Resepi Nasi Goreng Bujang

Ok resepi ni paling mudah nak buat kalau kat rumah korang tu tahap takde benda dah nak dibuat. Tak banyak perencah dan paling simple. Ni ak...