Tuesday, March 26, 2019

Terima kasih Salam Specialist Hospital!

Alhamdulillah, aku dapat jugak idea nak tulis entry apa kali ni. Kali ni kisah pengalaman aku bersalin di Salam Specialist Hospital Shah Alam Seksyen 19.

Anak first, ko mesti nak prepare macam-macam. Aku dah cakap ngan laki aku siap-siap lagi before pregnant, kalau anak first, aku mengandung, kita try kumpul kos untuk beranak kat hospital swasta.

Lepas kahwin aku tunggu dekat 9 bulan jugaklah nak dapat baby. Pressure tinggi sebenarnya even 9 bulan tak pregnant lagi. Nanti next entry aku cerita pasal orang kahwin tak dapat anak ni.

So Alhamdulillah bulan 5 2016 aku disahkan pregnant oleh pregnancy test. Tak boleh nak pikir sebenarnya sebab aku pun tak sure aku sedia ke tak nak jadi mak. Dengan perangai mcm budak-budak lagi. Blurr kaww.

Pastu after 3 months laki aku punya excited pi ajak first checkup. Selalu kalau pregnant, orang akan pi buat buku pink dulu kat klinik kesihatan. Aku selamba badak jela pi terus kat salam hospital dengan konpiden nak beranak situ walhal duit pun tarak apa simpan.



Kos untuk monthly checkup bagi aku tak la besar sgt, dalam seratus lebih sebulan tu ok bagi aku, since aku bayar untuk masa dan aku pilih nak O&G sniri. Nak cepattt la katakan. So aku tak perlu nak que sikit lama kat klinik kesihatan.

Haha kelakar aku masa pregnant, word O&G tu pun aku tak pernah dengar beb. Pekebende tu. O&G tu obstetrics & Gynaecology atau kata lain dia pakar sakit puan lahh kot.So selepas laki aku buat research, dia decide pi kat Salam Hospital sebab satu situ murah sikit, dan ada doctor yang menjadi fevret ramai ibu mengandung. Maka aku mencariklah siapa doc yang dimaksudkan tu.

Gynae yang aku pilih ni nama dia Doctor Siti Mariam. Berduyunnnn orang beratur nak doctor ni bila aku first checkup dengan dia. Selalu trick dia aku akan amek number pukul 2 petang, dalam dalam pukul 1.30 mcm tu letak kaunter, & jadi orang first untuk jumpa doctor after lunch.

Doctor ni orang suka sebab dia friendly utk beranak secara normal. Tak prefer utk c-sect dan orang kata seboleh dia try push utk normal kalau masih ada chance. So aku percayalahh.

Dari bulan-ke bulan, dah nak sampai tarikh dekat bersalin which is shud be 13 February. Aku cuakkk tetiba sebab doc kata 9 february dia nak pi umrah dah. 8 feb dah takde. Gila kau, aku dah planned dari awal tadi pregnancy tetiba dia nak pi umrah. Aku tak nak doc lain ganti.Lalu bermulalah episod aku buat gila. Masa aku tau tu 36minggu dah baby. Aku ada masa antara 38-40 minggu utk boleh beranak.

Masuk minggu 38, aku pujuk-pujuk baby dalam perot nak suruh keluar date cantik 02.02.2017. Chehhh maknya pun 🤣38 minggu ni, aku 3 hari ulang alik hospital konon buat rasa nak beranak. Tapi time every week checkup, minggu ke 38 tu pun doc siti kata dah bukak 3 cm. Tapi aku rasa mcm tak de pape lagi.

Doc bantu sikit bukak jalan. Masuk lusanya, aku pi lagi hospital check rasa mcm sakit semacam. Macam senggugut. Haha aku ingat sakit sengugut tu mcm sakit beranak. Eh silap , sakit beranak tu mcm sakit sengugut. Beriya dowh sampai hospital doc scan, takde apa2 baby dok rilek tak terajang aku pun dlm perut. Sabar jelahh. Doc siti kata awak nak beranak normal kan? So tunggu ya dulu.

Tapi doc tolong lagi skali bukak jalan. Sakit weh seluk tuu. Haha tapi sakit lagi beranak 🙊Aku pastu balik jap rumah, sementara tunggu ada simptom nak beranak tu. Masuk maghrib je aku perasan ada banyak air keluar kat bawah. Takdela keluar mcm air paip. Dia mcm lendir putih. Tapi aku tanya mak aku, dia pun tak sure haha. Aku just pakai pad je. Time tu takde rasa sakit apa-apa pun lagi.

Serius weh aku pikir balik, shud be aku pi terus hospital semula, takut tu la air ketuban. Mau lama tunggu anak aku boleh mati.Pukul 2 pagi, time aku rasa mcm nak lelap, baru lah aku tetiba sakit yang gila sakit. Berdenyut sengugut tu 5kali ganda every 3 minit. ZAPPPP ZAPPP!

Terus laki aku sambar bag pi check in hospital. Terkejut aku tengok2 kat hospital doc siti mariam tengah berperang weh selamatkan nyawa orang nak bersalin, 2 - 3 orang pagi buta tu orang nak beranak.Aku tak sure la doc siti ni tido ke tak. Aku tengok dia lah doc paling sibuk dalam hospital. Kejap kang turun lift pi handle ibu nak checkup, kang lari kejap ke atas orang nak beranak pulak.

Lepas laki aku buat bayaran dlm rm2700 gitu tak silap, aku check in masuk wad. 8 pagi nurse suruh mandi2 & siap cucuk ubat bontot terus. So ibu2 ni takdelah terberak time nak terberanak nanti 🤣Aku masuk pukul 8pagi tu memang dah tahap 3-4 jam sakit. Dah agak lama contraction. Aku perasan last time aku tengok jam pukul 9 pagi, next pastu lepas beranak jam 3 ptg.

Dalam labour room tu, laki aku ada. Tukang pegang tangan je untuk diramaskan. Dia pesan jangan tarik rambut. Haha sebab sayang rambut cantik. LoL.Seingat aku masa contraction tu aku sibuk dok pegang gas tu je. Sakit dia 10 kali ganda sengugut. Sakit yang tak pernah aku imagine. Tapi time ni mentor aku cakap, doa paling mustajab time tengah nak beranak. Aku pikir nak kayalah, anak ni bawak kebahagiaan dan rezeki.Dalam 5-6 jam aku takat 4-5cm

Dekat pukul 3 tu, aku rasa baru cecah 9cm. Aku try push first time, kepala anak tersekat. Terus pastu doc mintak izin potong sikit jalan. Aku bagi jela dah sakit tu. Third time kot push baru baby boleh keluar. Tak pasal kepala anak aku bujur sikit sebab aku tak push betul.
Doc siti memang jahit pun terbaik, takde kesan jahitan pun rasa lepas beranak tu. Aku masa pantang pun elok je jalan kangkang pun tak koyak weh 🤣🤣👌🏻👌🏻

Aku berusaha tak nak amek epidural, sebab nak bagi within bajet. Kang tak pasal tambah 1k lagi. haha punyalah nak bajet beranak tapi nak sedap kat swasta.Tapi tulah aku nak cakap Salam Specialist Hospital ni bagus on service staff & doc siti. Aku memang recommend sangat. Anak aku ni sampai semua vaccine, checkup pun sini jugak. Nanti aku up entry pasal vaccine, checkup pulak kat next posting.So ni lah muka baby lepas keluar dan sekarang dah cerdik terlebih.





3 comments:

  1. Salama nak tanya. Kos total berapa ya awk brsalin sini. Dan awk amek bed single ke double?

    ReplyDelete
  2. Hi. Sy nak tanya. Total cost awk bersalin dkt sini brapa.? After discharge. Dan rm bpe skali checkup dkt situ.. tq..

    ReplyDelete

Resepi Nasi Goreng Bujang

Ok resepi ni paling mudah nak buat kalau kat rumah korang tu tahap takde benda dah nak dibuat. Tak banyak perencah dan paling simple. Ni ak...